Thursday, February 4, 2010

RENUNGAN

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
( AL-FATIHAH )


Jika hari ini hari terakhir bagi satu tahun, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok, sudahkah kita bersedia?

Sebaik2 iman adalah amal, sebaik2 amal adalah insan, sebaik2 insan yang pemurah, semurah2 sedekah adalah senyuman, sebaik2 senyuman adalah yang menenangkan jiwa

Makrifat nafsu mengenal ROH, hakikat nafsu mengenal diri, tariqat nafsu mengenal waktu & syariat nafsu ( lelaki ) mengenal isteri

Berilah kepada yang meminta & jangan ditanya apa tujuan permintaanya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, juga sebaliknya

Tanda sejahtera itu tak rakus dunia, semangat kepada ibadah,

Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah & zikirullah & menasihati sesame manusia dengan kebaikan, itulah titik mula sebagai insan

Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda2 tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir

Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan

Al-Quran merupakan manual dan panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul, akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus

Kata orang2 alim, barang siapa mengamalkan buah tamar / kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar

Sesuatu kesalahan & kemungkaran yang di zahirkan pada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan

Orang yang busuk hatinya adalah orang sering memandang kelemahan & prasangka buruk terhadap teman / sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan

Di antara golongan orang yang di benci Allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong & hartawan yang zalim

Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab, Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya

Siapa yang tidak marah pada sepatutnya dia marah itu kaldai & siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu, dia adalah syaitan

Salah satu contoh orang yang kuat pada imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain

Bila kita di uji dengan kemiskinan, kita mampu bersabar tetapi bila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa diri & alpa. Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan

Dalil dakwah wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang di jaga dengan amanah suaminya. Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat di sekelilingnya

Syarat untuk bertemu dengan tuhan adalah dengan mati, samaada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak mati dengan AKAL

Zikir itu hubungan dengan tuhan, tasbih itu puji2an kepada tuhan, solat itu tanda syukur sebagai hamba tuhan & quran itu adalah pengamalan kehidupan yang diredhai tuhan


Wang bukanlah segala2nya dalam kehidupan tapi segala2nya memerlukan wang. Hiduplah atas Qado & Qadar Allah dengan penuh kesyukuran & keredhaan agar kita tidak tertipu

Kejayaan sesuatu perniagaan & urusan itu adalah kearan doa & rezeki yang ditetapkan Allah kepada hambanya & 90% kekayaan di dunia ini datangnya dari perniagaan

Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati, susunan hidup teratur, silaturahim dijaga & amanah terlaksana, tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara

Agama itu sesuatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan. Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada tuhan dan hari kemudian

Iman & amal adalah bersifat sendiri & tidak boleh dijual beli maupun diwariskan kepada anak cucu. Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu & perjalanan iman itu

Hukuman Allah itu banyak hikmahnya. Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakan. Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman, adalah satu penganiayaan

Jauh berjalan luas pandangan & banyak pengalaman. Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah kerana pandangan & pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan

Dalam sejarah 25 rasul, tersembunyi kisah kehidupan manusia. Barang siapa yang membaca kisah itu nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat

Tiada guna harta benda, pangkat & darjat andai jiwa, hati & perasaan sering dirundung resah & duka. Itulah dalil kerana iman kita masih kurang & miskin amal

Sesungguhnya perjalanan rukun iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas Qado & Qadar diikuti dengan kiamat, kitab, rasul, malaikat & akhirnya bertemu Allah

Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa perngorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan

Berjalan kepada Allah ada 4 jenis iaitu fakir pada perjalanan syariat,zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada perjalanan hakikat & syukur pada perjalanan makrifat

Bajai iman dengan mujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih

Kurniaan tuhan yang terbahagi kepada 3 iaitu kepuasan nafsu, keindahan amal & ketenangan kehidupan, maka perlu bijaksana di dalam menerima anugerahnya

Rezeki yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita. Tidak semestinya banyak, tetapi sekadar mencukupi. Syukur itu adalah benteng dari yang haram

Sesuatu kerja itu bergantung kepada niat, maksud, fikir & matlamat. Kejayaan atau kegagalan itu disertakan hikmah & ujian untuk difkir & direnungkan

Kebaikan bersedekah di dunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri, jauh dari bala, menyenangkan hati ( masyarakat ) & berkat rezeki

Orang yang suka bersedekah itu akan diberkati Allah rezekinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badannya, dimuliakan & dipermudahkan segala usahanya

Jangan merasa malau untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan & kelemahan

Istiqhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering di buat tanpa mengharap balasan makhluk, sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah SWT sebagai tanda syukur

Kata orang arifbillah, di antara sifat pada seorang ulamak, dia amat takut kepada Allah SWT, walaupun nyawanya jadi taruhan
Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik & penuh kasih saying terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih & lesu

Pintu syurga terbuka luas kepada mana2 wanita yang menjaga solatnya, puasanya dan taatnya kepada suami dengan penuh rasa cinta , kasih dan sayang

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya

Tidak ada yang lebih baik bagi seorang lelaki diakhirat kelak selain dari menyelamatkan ibubapa, anak2 dan isterinya dari api neraka

Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar juga kepada mereka yang kononya ALIM tetapi tiada berbuat apa2 terhadap kemungkaran itu

Kebaikan bersedekah diakhirat itu ada 5 iaitu menjadi naungan di masyar, mudah hisab amal, berat timbang amal, mudah di titi sirat & naik darjat di syurga

Hidup perlu ada padanya niat, maksud, fikir & matlamat. Bermula niat dengan jiwa yang tenang. Jiwa yang tenang datangnya dari hati yang kasih

Ingatlah wahai hamba Allah tentang kejadian yang berlaku di Indonesia & Pilipine itu semua sudah tertulis di dalam Al-Quran iaitu yang berlaku pada JAM 17.16 surah ke-17 ( Al-Israk ) ayat ke-16, JAM 17.58 surah ke-17 ( Al-Israk ) ayat ke-58, JAM 08.52 surah ke-8 ( Al-Anfal ) ayat ke-52, sesungguhnya Al-Quran itu benar & janji Allah itu benar & janganlah sesekali mengingkari perintahnya sesungguhnya kita adalah hamba yang lemah





Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca sesungguhnya ilmu itu tidak akan pernah habis kecuali kita sudah mati ataupun dunia kiamat

Hantarlah risalah ini kepada kawan-kawan supaya kita boleh faham lebih mendalam tentang ajaran agama islam


TAMAT

0 comments: